01 Februari 2011

Sejarah Asal Usul Nama Tempat dan Kampung

Pontian

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

Sebanyak 11 mukim di daerah Pontian. Berikut adalah mukim-mukim yang terdapat dalam daerah Pontian.

* Mukim Benut - Utara
* Mukim Sungai Pinggan - Utara
* Mukim Ayer Baloi - Utara
* Mukim Api-Api - Tengah
* Mukim Pontian - Tengah
* Mukim Jeram Batu - Timur
* Mukim Pengkalan Raja - Timur
* Mukim Rimba Terjun - Selatan
* Mukim Ayer Masin - Selatan
* Mukim Sungai Karang - Selatan
* Mukim Serkat - Selatan

Pontian boleh dihubungi melalui Lebuh raya Utara selatan. Pengunjung dari arah utara boleh menggunakan susur keluar Tol Simpang Renggam ataupun susur keluar Tol Sedenak untuk ke Pontian. Pontian tidak mempunyai perkhidmatan kereta api tetapi boleh berbuat demikian dengan menggunakan stesen terdekat KTM Kulai untuk berbuat demikian.

  
Ayer Baloi

Baloi bermaksud air yang bertakung secara panjang tetapi tidak mengalir. Oleh itu, kawasan ini dinamakan Ayer Baloi dan kekal sehingga kini.


Kampung Parit Daing Perandang

Salah satu tempat yang pernah menjadi sejarah ialah Kampung Parit Daing Perandang. Mengikut sumber yang dipercayai asal usul kampung tersebut diambil bersempena nama seorang lelaki yang telah membuka kampung tersebut. Sempadan kampung tersebut di antara sungai Singam hingga ke arah laut sejauh 3 kilometer. Dari sungai Singam hingga ke jalan besar telah dinamakan sebagai Kampung Parit Haji Ahmad sehingga kini. Oleh kerana mengingatkan jasa beliau yang pernah membuka kampung ini maka warisnya telah mengusahakan untuk menamakan kembali kampung tersebut setelah sekian lama ditinggalkan. Hingga ke hari ini Kampung Parit Daing Perandang telah membuka cawangan Umno sendiri. Atas usaha yang dilakukan kampung ini telah didatangi oleh wakil-wakil rakyat untuk menyaksikan perkembangan penduduk dan hasil tanamannya.